fbpx
Now Reading
Makcik ‘Gelang Pink’ Sedang Jalani Rawatan, Disahkan Positif Covid-19

Makcik ‘Gelang Pink’ Sedang Jalani Rawatan, Disahkan Positif Covid-19

Lega dengar virus kurang dan risiko menjangkiti juga agak rendah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular foto seorang wanita yang mengenakan gelang ‘pink’, gelang khas untuk mereka yang sedang menjalani kuarantin dilihat sedang menjamu selera yang difahamkan berlaku di Bandar Meru Raya, Perak.

Kejadian tersebut bukan sahaja mencetuskan kerisauan di kalangan netizen, malah turut mendapat perhatian Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam .

Terbaru dia sudahpun dikenal pasti dan difahamkan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan positif Covid-19

Kejadian berlaku pada 6 Julai lalu

Memetik Sinar Harian yang memetik sumber, wanita tersebut yang berusia 72 tahun sebelum ini telah diarahkan untuk menjalani kuarantin 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Namun pada 6 Julai, dia yang baru tiba dari Selangor telah keluar untuk makan di kafe tersebut yang terletak di Bandar Meru Raya. Namun foto tersebut hanya mula tular beberapa hari lalu.

“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.

“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu (dia) bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin,” katanya.

Hanya disahkan positif selepas saringan kedua

Tambah sumber tersebut, wanita tersebut hanya disahkan positif selepas menjalani saringan kedua iaitu selepas 13 hari menjalani kuarantin dan kemudiannya terus dimasukkan ke hospital pada 17 Julai lalu.

“Wanita itu kini masih dalam rawatan COVID-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

Virus kurang dan risiko menjangkiti juga kurang

“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubung media mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.