fbpx
Now Reading
Pelitup Muka Diwajibkan Di Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Bermula 1 Ogos

Pelitup Muka Diwajibkan Di Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Bermula 1 Ogos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang ramai kini diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awan dan di semua lokasi pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau sesiapa yang gagal gagal mematuhi peraturan terbaru itu boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau lagi, keputusan ini juga dilakukan selepas mengambil kira penambahan kluster-kluster baru yang telah dikenal pasti, selain mendapat sarannan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 Buat masa ini peraturan tersebut hanya dikuatkuasakan bagi menaiki semua kenderaan awam seperti LRT, MRT serta bas dan di tempat sesak seperti pasar dan pasar tani.

Dalam pada itu KKM akan mengeluarkan spesifikasi bagi mereka yang mahu menjahit pelitup separuh muka sendiri dalam memastikan pelitup muka yang dihasilkan itu menepati syarat ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kerajaan selama ini tidak mewajibkan pemakaian pelitup (separuh) muka kerana memahami keadaan mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli pelitup muka pakai buang.

“Untuk pakai buang ini, yang terbaik pakai untuk tiga jam dan tukar, jika keluarga besar tentu tanggungan besar (beli pelitup separuh muka), jadi WHO keluarkan peraturan boleh pelitup muka biasa tetapi ada spesifikasinya,” kata beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.