fbpx
Now Reading
Datuk Seri Najib Razak Dihukum Penjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Datuk Seri Najib Razak Dihukum Penjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas beliau berpuas hati yang pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Perdana Menteri ke-6 Malaysia itu didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Mahkamah pada pagi tadi menolak permohonan peguam Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima,” katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan hari ini.

See Also

Beliau yang memegang tampuk pimpinan kerajaan dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.