fbpx
Now Reading
Pukul Pengawal : PDRM Mohon JIM Sekat Suspek & Mangsa Dari Keluar Negara, Rupanya Kedua Mereka Berasal Dari Nepal

Pukul Pengawal : PDRM Mohon JIM Sekat Suspek & Mangsa Dari Keluar Negara, Rupanya Kedua Mereka Berasal Dari Nepal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/nepalembassykl/posts/979641382479097https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/622445608690029

Baru-baru ini tular satu video berdurasi 44 saat memperlihatkan seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan yang dipercayai warga Nepal bertalu-talu menggunakan cota.

Insiden tersebut yang difahamkan berlaku di sebuah parkir apartment di Wangsa Maju pda Julai lalu menaikkan kemarahan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit.

Susulan dari insiden tersebut, Kedutaan Nepal di Malaysia telah membuat laporan polis meminta agar kes tersebut disiasat demi pembelaan mangsa.

Ketua Polis Wangsa Maju Rajab Ahad Ismail kemudiannya meminta saksi dan mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi memudahkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau benda merbahaya dengan suspek dipercayai seorang warga Pakistan.

Terbaru Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, PDRM sudah memohon kepada Jabatan Imigresen (JIM) agar mengenakan sekatan perjalanan keluar dari negara ini kepada dua lelaki berkenaan iaitu suspek dan juga mangsa.

Keduanya dari Nepal dan bukan melibatkan warga tempatan atau Pakistan

Menurut Mior hasil siatan, selain mangsa suspek juga sebenarnya berasal dari Nepal, bukan dari Pakistan seperti yang dijangka sebelum ini. Suspek difahamkan berumur 35 tahun manakala mangsa pula 26 tahun.

“Kami sudah membuat permohonan kepada JIM untuk sekat mereka dari keluar negara ini dan hasil semakan mendapati mereka masih berada dalam negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.