fbpx
Now Reading
Akibat Ledakan Dahsyat, 300 Ribu Penduduk Beirut Hilang Tempat Tinggal

Akibat Ledakan Dahsyat, 300 Ribu Penduduk Beirut Hilang Tempat Tinggal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pagi ini waktu Malaysia, masyarakat di seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita sedih dimana letupan dahsyat telah berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan.

Insiden tersebut menyebabkan 4,000 orang cedera dengan angka korban terus meningkat melebihi 100 orang. Malah difahamkan masih terdapat mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Kerosakan yang dialami bandar itu juga dilaporkan berskala besar sehingga memaksa kerajaan Lebanon mengisytiharkan darurat selama 2 minggu.

Bukan hanya rakyat mereka meratapi insiden berkenaan malahah Gabenor Beirut, Marwan Abboud juga dilihat begitu bersedih sehingga gagal mengawal emosinya dan menangis teresak-esak di hadapan kamera sewaktu ditemubual wartawan tempatan.

Marwan yang ditemurah turut memaklumkan letupan berkenaan telah menyebabkan 300,000 orang penduduk di Beirut kini kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kejadian terbabit.

Tambahnya lagi kerugian yang dianggarkan juga mencecah $3 – $5 Bilion satu jumlah yang begitu besar yang pasti meninggalkan kesan kepada penduduk dan kerajaan di sana.

“Dari pengiraan saya lebih kurang 250,000 ke 300,000 penduduk kini kehilangan rumah mereka”

Foto : NYPost

Datuk Bandar Beirut, Jamal Itani dalam satu kenyataan lagi pula menyifatkan bandar berkenaan kini seolah didalam zon perang.

Sebelum letupan di Beirut Foto : Intel Sky
Keadaan selepas letupan Foto : Intel Sky

“Ia seolah di dalam zon perang. Saya tak tahu nak kata apa. Ini adalah satu malapetaka untuk Beirut dan Lebanon” kata beliau .

Data dari World Population Review menunjukan terdapat 371,000 penduduk yang tinggal di tengah-tengah ibu kota Lebanon itu manakala terdapat 2.2 juta penduduk di sekitarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.