Tular Dakwaan Penguatkuasa Disyaki Terima Rasuah, SPRM Akan Siasat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas tular pendedahan seorang peniaga mengenai aktivi haram perjudian dan penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah pun memulakan siasatan terhadap pegawai dan anggota penguat kuasa yang terlibat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya begitu memandang serius dakwaan pada klip video berkenaan yang mendakwa ada anggota penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.
Menurut Kushairi, beliau sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) , Datuk Zamri Yahya untuk bekerjasama dengan SPRM.
“Kami memandang serius berhubung isu yang ditularkan dalam dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak terbabit.
Bakal ambil tindakan tegas
“Saya sudah hubungi Datuk Zamri, Pengarah JIPS pada pagi ini dan beliau memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM.
Siasat anggota penguatkuasa terlibat
Tambah beliau lagi JIPs akan membantu mendapatkan maklumat tambahan untuk SPRM bagi melakukan siasatan mengenai pegawai serta anggota polis terbabit dikenal pasti.
“JIPS menyatakan komitmen akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai serta anggota polis terbabit dikenal pasti,” katanya hari ini.
Dalam pada itu kebanyakan netizel dilihat berterusan menyokong peniaga burger terbabit yang dikenali dengan nama Asri Janggut diatas keberaniannya mendedahkan kegiatan haram di kawasan terbabit.