fbpx
Now Reading
Bengang Mesej Whatsapp Dibuka & Dibaca, Lelaki Bakal Saman Isteri

Bengang Mesej Whatsapp Dibuka & Dibaca, Lelaki Bakal Saman Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dek kerana berang selepas mengetahui gerak geri dan perbualannya di whatsap telah di akses selama 9 bulan lamanya, seorang lelaki sedang mempertimbangkan untuk menyaman isterinya.

Kes berkenaan yang difahamkan berlaku di Riyadh, Arab Saudi kemudiannya menjadi tular dan mendapat liputan meluas dari media dan portal digital.

Difahamkan si isteri yang merupakan seorang guru bukan sekadar mengkakses aplikasi whatsapp suaminya selama 9 bulan malahan bertindak menyalin semua perbualan dan video yang terdapat didalamnya tanpa izin.

Foto : IOS Data

Si suami yang merasakan tindakan isterinya itu keterlaluan dan disifatkan seolah satu pengintipan dan jenayah siber kemudiannya membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Memetik Saudi Gazette , si isteri yang enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan demi menjaga aib semua pihak bagaimanapun mengesahkan yang dia memilih untuk berpisah dengan suaminya.

Malah dia sudahpun meminta suaminya untuk menyelesaikan semua keperluan kewangan sebelum mereka berpisah.

Namun lain pula bagi si suami, meskipun ada merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap si isteri dia bagaimanapun menolak untuk berpisah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.