fbpx
Now Reading
Cetus Kluster Sivaganga, Pemilik Nasi Kandar Salleh Napoh Di Penjara 5 Bulan & Denda RM 12K

Cetus Kluster Sivaganga, Pemilik Nasi Kandar Salleh Napoh Di Penjara 5 Bulan & Denda RM 12K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Padah melanggar arahan kurantin selepas pulang dari luar negara, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, hari ini dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret

Tertuduh Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, seorang penduduk tetap yang berasal dari India mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Neza kemudiannya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

Terdahulu Nezar menjadi sasaran kemarahan netizen dan masyarakat selepas mencetuskan kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menjangkiti 45 orang kebanyakannya di Kedah.

Susulan dari peningkatan dari kluster yang dicetusnya empat mukim di Kedah dan 2 kawasan di Perlis kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.