fbpx
Now Reading
Selepas Beberapa Anggota, Kini Pengarah Jabatan Penguatkuasa MBSA Pula Ditahan SPRM

Selepas Beberapa Anggota, Kini Pengarah Jabatan Penguatkuasa MBSA Pula Ditahan SPRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya tidak sampai beberapa hari selepas penahanan beberapa orang anggota penguat kuasa MBSA, kini Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak menahan Pengarah Jabatan Penguatkuasa (MBSA) pula bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.

Difahamkan penahanan ke atas Pengarah jabatan ini dilakukan pada jam sekitar 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM , Putrajaya

Beliau yang berusia 59 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada esok hari untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Foto : SPRM

Memetik Harian Metro, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan berkenaan.

Terdahulu pada selasa lalu empat pegawai MBSA telah ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan diikuti tiga penguatkuasa mereka pada khamis lalu menjadikan keseluruhan seramai sembilan kakitangan PBT tersebut sudah ditahanekoran isu premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor yang dibangkitkan pengasas Hot Burger Malaysia, Asri Janggut sehingga menjadi tular baru-baru ini.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Baca artikel berkaitan di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.