fbpx

Bakar Tahfiz : Remaja Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan Agong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir tiga tahun, remaja lelaki berumur 19 tahun yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, akhirnya dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong

Hukuman tersebut diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi KL, Datuk Azman Abdullah selepas tertuduh didapati bersalah atas kesalahan tersebut yang dilakukannnya pada 14 September 2017 sewaktu berusia 16 tahun maka Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001

“Oleh sebab penama tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 semasa kejadian di bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Dengan ini saya di bawah kuasa peruntukan yang ada untuk kesemua 23 pertuduhan dan kamu didapati bersalah memerintahkan ditahan dipenjara selama diperkenankan oleh YDPA dan terpulang kepada YDPA untuk menyatakan syarat ke atas tahanan itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 28 Januari 2020, Azman memerintahkan remaja tersebut yang berusia 16 tahun sewaktu didakwa melakukan kesalahan berkenaan, untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.

Difahamkan,pada awalnya kedua mereka awaknya dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja berkenaan bersama seorang lain individu yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Antara mereka yang terkoban sewaktu insiden yang menyayat hati itu.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.