Now Reading
Neeofa Letak Jawatan Pengarah Bebas Airasia

Neeofa Letak Jawatan Pengarah Bebas Airasia

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa Mohd Noor dilaporkan telah meletak jawatan di AirAsia selaku pengarah bebsa bukan eksekutif selepas hampir tiga tahun dilantik oleh syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Neelofa atau nama betulnya Noor Neelofa Mohd Noor meletakkan jawatan kerana komitmen peribadi.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pihak mereka menerima notis peletakan jawatan daripada pengasas kepada jenama Naelofar Hijab yang bertarikh 17 Ogos pada hari rabu.

Sebagai rekod Neelofa telah dilantik menjawat jawatan tersebut oleh pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada 8 Disember 2017

Syarikat penerbangan bekernaan memilih Neelofa untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan rekod dan kejayaannya menaikkan jenama tudungnya Naelofar yang semakin dikenali.

See Also

Malah menurut Tony, pengacara versatil itu juga seorang yang sangat bijak, muda dan berdikari serta ia sekali gus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan ini.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.