fbpx
Now Reading
Lelaki Serang & Bunuh 51 Orang Di Masjid Christchurch Dipenjara Sepanjang Hayat

Lelaki Serang & Bunuh 51 Orang Di Masjid Christchurch Dipenjara Sepanjang Hayat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya Brenton Tarrant ,yang sebelum ini telah menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand sebelum menembak mati 51 orang Islam pada tahun lalu, dihukum penjara sepanjang hayat.

Hakim Cameron Mander sewaktu menjatuhkan hukuman terhadap warganegara Australia itu turut menyifatkan dia sebagai tidak berperikemanusiaan

 Difahamkan hukuman yang diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah negara Kiwi itu.

Mengaku bersalah atas semua pertuduhan

Tarrant, yang berusia 29, sebelum ini telah mengaku salah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 cubaan bunuh dan satu pertuduhan keganasan di kedua masjid di Christchurch, pada 15 Mac 2019.

Lebih 90 ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban dan terselamat memberikan kenyataan impak mangsa (VIS) sepanjang prosiding jatuh hakum yang sudah berlangsung dari isnin lalu sebelum hakim menjatuhkan hukuman pagi ini (khamis)

Tarrant pada hari kejadian

Hanya mendiamkan diri sebelum dijatuh hukum

Sewaktu diberi peluang untuk bercakap sebelum hukuman dijatuhkan lelaki ini bagaimanapun memilih mendiamkan diri

Sepanjang prosiding, mahkamah berkenaan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan dengan anjing pengesan membantu memeriksa individu yang memasuki bangunan berkenaan atas faktor keselamatan.

Malah Tarrant juga diletakkan di dalam lokap di bahagian bawah bangunan itu.

Ia bagi mengurangkan risiko keselamatan ketika perjalanan pergi dan pulang ke penjara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.