
Peta Sabah Di Pasport Filipina, Wisma Putra Tidak Teragak-agak Ambil Tindakan Tegas
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai keputusan Filipina meluluskan RUU untuk memasukkan negeri Sabah dan Zon Ekonomi Ekslusif ke dalam sebahagian peta pasport mereka.
Isu berkenaan jelas menaikkan kemarahan rakyat dan pemimpin di negara kita baik di Sabah juga seluruh negara
Terbaru Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Wisma Putra tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap keputusan yang di buat negara tersebut

Jelasnya Kementerian Luar juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan sebagai reaksi balas selain tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum ini.
“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar sentiasa memandang serius apa-apa isu berkaitan hak kedaulatan negara, termasuk Sabah, dan kekal konsisten dengan pendirian tegas untuk tidak melayani sebarang tuntutan seperti ini.

“Di kesempatan ini, saya juga mengharapkan agar pemimpin di peringkat negeri atau peringkat Persekutuan tidak mengeruhkan situasi demi kepentingan politik peribadi.
“Kementerian juga akan meneruskan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain yang berkaitan, dan juga kerajaan negeri Sabah sebelum memutuskan opsyen-opsyen yang akan dilaksanakan,” katanya menjawab usul yang dikemukakan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) mengenai kelulusan Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina terhadap RUU tersebut.
Sebelum ini Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussain lantang menegaskan Sabah akan selamanya menjadi sebahagian dari Malaysia sewaktu mengulas laporan media Filipina mengenai perkara tersebut di Twitternya.
Here's the clip from my answer in Parliament on August 5. Malaysia will not recognise any foreign claim for Sabah. As I said in Parliament – Sabah is, and will always be, part of Malaysia 🇲🇾 pic.twitter.com/mIoijdQQpt
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 24, 2020
Baca artikel berkaitan :