fbpx
Now Reading
PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan membuat keputusan menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember ini.

Keputusan itu diumumkan beliau menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan secara online , sebentar tadi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang sebagai usaha dalam mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

“Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” jelas beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.