fbpx
Now Reading
Guna Lorong Kecemasan Hingga Sebabkan Kemalangan, Pemandu Camry Putih Bakal Direman Hari Ini

Guna Lorong Kecemasan Hingga Sebabkan Kemalangan, Pemandu Camry Putih Bakal Direman Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video yang memperlihatkan sebuah Toyota Camry putih yang menukar haluan ke lorong kecemasan secara mengejut sehingga menyebabkan perlanggaran bersama sebuah motorsikal

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila pemandu Camry terbabit dilihat tidak berhenti malah memecut laju meninggalkan mangsa yang diselamatkan sebuah keluarga yang juga pemilik video tersebut.

Ini sebab kenapa kita tak boleh lalu dan memotong di kecemasan.Kejadian berlaku sebentar tadi di Lebuh Raya Karak menghala ke KL. #dashcam #karak

Posted by BuzzKini on Monday, August 31, 2020

Terbaru pemandu berkenaan difahamkan sudahpun di tahan polis selepas dia menyerah diri di Balai Polis Gombak pada petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh mengesahkan perkara berkenaan dan berkata pemandunya seorang lelaki berusia 37 tahun kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk menjalani ujian saringan awal air kencing manakala keretanya turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Ini sebab kenapa kita tak boleh lalu dan memotong di kecemasan.Kejadian berlaku sebentar tadi di Lebuh Raya Karak menghala ke KL. #dashcam #karak

Posted by BuzzKini on Monday, August 31, 2020

Mangsa sedang dikesan

“Dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu sedang dikesan untuk membantu siasatan.

“Motosikal itu ditunggang lelaki Orang Asli manakala pemboncengnya adalah wanita Melayu,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis berkata, kejadian berkenaan difahamkan berlaku pada jam sekitar 2.30 petang apabila Toyota Camry itu mengubah haluan ke lorong kecemasan dari lorong kiri untuk memotong kenderaan hadapan.

“Motosikal yang datang dari lorong kecemasan yang ditunggang lelaki dan membonceng wanita berusia 26 tahun itu cuba mengelak lalunya sebelum terbabas ke kiri dan terjatuh di tebing jalan.

Ditahan reman 4 hari

Susulan dari penahanan tersebut , dia akan direman direman bermula hari ini hingga 4 September ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sewakti dihubungi Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.