fbpx
Now Reading
6 Bulan Pimpin Negara, 69% Rakyat Malaysia Puas Hati Dengan Prestasi Perdana Menteri

6 Bulan Pimpin Negara, 69% Rakyat Malaysia Puas Hati Dengan Prestasi Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik pejam celik rupanya sudah 6 bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun sejak hari pertama memegang tampuk kepimpinan negara, beliau sudah diuji dengan penularan Covid-19

Namun keputusannya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani penularan wabak pandemik maut dan usaha tanpa henti petugas barisan hadapan akhirnya berhasil dan kita hampir berjaya menangani Covid-19

Namun selama 6 bulan ini pasti anda tertanya-tanya, apakah pandangan dan pendapat rata-rata rakyat Malaysia mengenai Muhyiddin dalam menggalas tanggungjawab besar ini.

Hasilnya agak memberangsangkan, kajian yang dilakukan Merdeka Center menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia ketika ini berpuas hati dengan prestasi beliau.

Memetik laporan Astro Awani,  kajian tersebut yang melibatkan 3,415 responden itu, melihatkan 9/10 dari penududuk bumiputera iaitu orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka.

65% peratus responden dari kaum India turut menyatakan rasa puas hati mereka manakala 33% responden dari kaum Cina.

Kajian ini ini menunjukkan selepas 6 bulan sokongan terhadap beliau semakin meningkat dan kini dalam zon selesa.

Menurut laporan berkenaan lagi kerajaan persekutuan turut mendapat respon positif apabila 58 peratus berpuas hati dengan prestati kerajaan Perikatan Nasional(PN) manakala 28 peratus kurang berpuashati dengan pentadbiran mereka

Sebagai rekod Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac lalu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.