fbpx
Now Reading
Bekalan Air Pulih Berperingkat Bermula 12 Tengahari Ini, 4 Hari Pemulihan Penuh – Air Selangor

Bekalan Air Pulih Berperingkat Bermula 12 Tengahari Ini, 4 Hari Pemulihan Penuh – Air Selangor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna di Lembah Klang bermula jam 12 tengah hari, dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi rabu, 9 September 2020.

Sebanyak empat wilayah telah mula menerima bekalan dan pelan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Manakala, pelan pemulihan bekalan air mengikut kawasan boleh didapati di sini :

Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

Dalam pada itu mereka memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Bagi anda yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air., anda boleh mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam.

Air Selangor akan mengemaskini maklumat pemulihan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.