Pemandu Volvo Lawan Arus Rupanya Positif Dadah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu tular video memperlihatkan sebuah kereta Volvo yang melawan arus berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.
Dia kemudiannya bertindak ekstrem dengan cuba meninggalkan tempat berkenaan sehingga membahayakan pemandu Myvi yang juga seorang perempuan sehingga memaksa orang ramai menjerit meminta wanita tersebut untuk meninggalkannya kenderaannya.
Situasi berkenaan menyebabkan ramai beranggapan pemandu kenderaan SUV itu dalam keadaan mabuk berdasarkan pemanduannya itu yang berbahaya.
Laporan dari Harian Metro kemudiannya menyatakan pemandu Volvo berkenaan sebenarnya tidak mabuk sebaliknya di bawah pengaruh dadah selepas dia tampil Balai Polis Trafik Jalan Bandar.
Perkara ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
“Polis menerima maklumat mengenai video kemalangan yang tular di media sosial pada 8.32 pagi tadi (semalam). Polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari,” katanya.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki itu kemudiannya mendapati dia positif dadah.
“Berikutan itu, kita menahan suspek untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Katanya, pihaknya akan merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.