fbpx
Now Reading
Anggota Tentera Tahan 28 Pati Cuba Masuk Malaysia

Anggota Tentera Tahan 28 Pati Cuba Masuk Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan selepas didapati cuba menyeludup masuk ke negara melalui perairan Ladang Brunei, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada pagi semalam, 8 September.

Menerusi laporan yang dikeluar Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, tangkapan tersebut berjaya dilakukan pasukan Tentera Darat yang sedang melaksanakan operasi di sektor OP MERPATI 2.

OP MERPATI 2 yang merupakan sebahagian daripada OP BENTENG Sektor Selatan dibawah kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD)

Menerusi laporan itu lagi, pos pemerhati yang menyedari kewujudan sebuah bot kemudiannya mengaturgerakkan ke lokasi tersebut.

Mereka kemudiannya menunggu bot tersebut hampir sebelum menyerbu dan melakukan penggeledahan ke atas kumpulan pati tersebut.

“Seramai 26 orang PATI iaitu 18 lelaki dan lapan perempuan yang baru tiba untuk masuk ke negara ini berjaya ditahan. Manakala dua orang lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai hendak pulang ke Indonesia juga berjaya di kesan dan ditahan.

“Pasukan telah meneruskan pencarian dan penggeledahan dengan dibantu oleh tim Combat Trecking Tim (CTT) Cawangan Anjing Perang bagi membantu pencarian saki baki PATI yang sedang bersembunyi di kawasan Ladang Brunei.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tg Sepang dan pengendalian adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Laporan berkaitan tangkapan tersebut dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Sumber : Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.