fbpx
Now Reading
Akibat Mental, Bapa Sendiri Dibunuh…

Akibat Mental, Bapa Sendiri Dibunuh…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas berusia 75 tahun maut selepas di tikam oleh anaknya kandungnya di rumah mereka pada pukul 7 malam di Kampung Rapat, Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, mengatakan mangsa maut setibanya pihak polis tiba di lokasi kejadian dan suspek yang merupakan anaknya sendiri berada di sisi mangsa.

“Difahamkan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek dipercayai bertindak mencederakan mangsa menggunakan botol kaca.

“Polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala maut ditempat kejadian.

Foto sekadar hiasan

“Difahamkan, kejadian yang berlaku di ruang tamu rumah mangsa, berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan mangsa menggunakan botol kaca.”

“Suspek yang berusia 49 tahun ini sudah 20 tahun mengalami penyakit mental dan kerap menerima rawatan. Namun, suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut.”

“Pihak polis masih lagi menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.