fbpx
Now Reading
Cemburu Buta! Wanita Dipukul Dengan Pintu Tandas Kerana Keluar Dengan Kawan

Cemburu Buta! Wanita Dipukul Dengan Pintu Tandas Kerana Keluar Dengan Kawan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat sikap cemburu buta yang melampau, seorang lelaki Mitchelle Liversedge dari Daventry, Northamptonshire, England sanggup memukul teman wanitanya dengan mengunakan pintu tandas dan nyaris menyebabkan wanita itu maut.

Katrina Pidden yang berusia 39 tahun dipukul dengan ganas oleh teman lelakinya apabila ‘si dia’ berang selepas mengetahui teman wanitanya itu keluar bersama rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja Mitchell juga sering menuduh Katrina Pidden berlaku curang terhadapnya.

“Saya cuba berlari ke jalan dan dia mengejar saya, menyeret dan mengurung saya sepanjang malam dan memukul saya kira-kira 40 minit pada satu masa” ujarnya.

“Dia mula cemburu dan tidak membenarkan saya mempunyai kawan lelaki, jika saya keluar dia akan memanggil saya dengan nama yang mengerikan.”

“Kali pertama dia mula menganas, dia pernah cuba untuk memukul saya mengunakan seterika dan membaling cawan ke arah saya” katanya yang turut menyatakan Mitchell begitu taksub terhadapnya

Katrina yang menunjukkan kesan akibat daripada penderaan yang dialaminya akibat dipukul oleh pintu tandas

Sehubungan itu, Liversedge ditangkap pada bulan September tahun lalu selepas seorang saksi yang merupakan jiran mereka terlihat dia menyeret Katrina yang berlumuran darah diseret di kawasan taman perumahannya mereka.

Mictchell Liversedge, 25, dipenjarakan pada bulan Mac selama 5 tahun kerana disabitkan dengan empat pertuduhan antaranya ialah memusnahkan atau merosakkan harta benda, dan satu tuduhan mendatangkan kecederaan.

Susulan itu, Katrina Pidden kini bersuara bagi membantu wanita lain yang mengalami nasib seperti dirinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.