fbpx
Now Reading
Lempar Kucing Panjat Kereta, Polis Sudah Ambil Keterangan Suspek (Video)

Lempar Kucing Panjat Kereta, Polis Sudah Ambil Keterangan Suspek (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/kelabpencintakucingmalaysia/posts/1831807310319346

Sejak malam tadi heboh di media sosial mengenai penularan sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menyaksikan seorang lelaki menghempas seekor kucing hanya kerana berang haiwan berkenaan duduk di atas cermin hadapan keretanya.

Akibat dari hentakan tersebut kucing berkenaan difahamkan mengalami pendarahan dalaman dan mengalami kesukaran akibat hentakan kuat ke lantai.

Video berkenaan menaikkan kemarahan pencinta haiwan dan netizen dimana rata-rata mereka mengecam kecaman tindakan si pelaku dan meminta agar dia dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.

Terbaru memetik laporan Bernama suspek yang berusia 36 tahun itu sudahpun tampil memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, pada jam 1130 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan berkenaan di lot parkir di sebuah deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, semalam.

“Video yang tular ini memaparkan tindakan seorang lelaki melempar seekor kucing yang pada ketika itu sedang memanjat cermin hadapan keretanya.

“Suspek didakwa melakukan secara sedar dan susulan tindakan tersebut boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai,” katanya kepada portal Bernama.

Tambah Rajab suspek berkenaan bagamanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.

“Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya

Polis ketika ini masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.