fbpx
Now Reading
Pelajar Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Tukar Haluan Secara Melintang

Pelajar Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Tukar Haluan Secara Melintang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/noor.hasliza.188/posts/3248452921939970

Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dipandu pemandu mabuk di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Menerusi laporan Kosmo, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli yang menunggang motosikal Yamaha Y15 mengalami kecederaan parah di kepala susulan perlanggaran tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku apabila Myvi tersebut yang dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit telah mengubah haluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam .

“Pada masa sama penunggang motosikal yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri Myvi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari in

Hazeq yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat, kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Tambah Zulkefly berkata, hasil ujian pernafasan yang dilakukan keatas pemandu tersebut mendapati paras alkohol di dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan Dia kemudian direman 4 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, jenazah arwah difahamkan sudahpun selamat disemadikan hari ini.

Takziah kami ucapan kepada keluarga Arwah..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.