fbpx
Now Reading
Semakin Berani, Pengedar Emas Disamun Selepas Kereta Dihalang Depan Belakang Di Sungai Besi

Semakin Berani, Pengedar Emas Disamun Selepas Kereta Dihalang Depan Belakang Di Sungai Besi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular satu video yang memperlihatkan aksi ngeri dimana sebuah kereta dipercayai dilanggar dan disekat depan belakang oleh dua buah kenderaan sebelum dia disamun oleh sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang.

Dalam kejadian 3.35 petang itu, mangsa seorang pengedar emas yang membawa emas dan sejumlah wang tunai ditemani rakannya sedang memandu di Lebuhraya Besraya dari Jalan Kuchai Lama ke Sungai Besi

Dia difahamkan mempunyai urusan jual emas dengan beberapa kedai emas di Kuala Lumpur.

Namun yang mengejutkan orang ramai kerana ianya berlaku di siang hari dan dihadapan ramai saksi yang merupakan pengguna lebuh raya berkenaan

Ketua Polis Daerah Brickfileds, YDH ACP Zairulnizam Bin Mohd Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden tersebut 3 jam selepas kejadian iatu pada jam 6.20 petang.

Mangsa yang menaiki Toyota Hilux berwarna putih telah ditahan oleh dua kereta dari jenis yang sama berwarna hitam, sebelum didatangi tiga suspek yang memecahkan kereta mangsa dan memaksa mangsa bersama rakannya keluar dari kereta tersebut sebelum membawa lari emas, wang tunai juga kereta milik mangsa

Mangsa dan rakannya dilaporkan mengalami sedikit kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang telah dipecahkan. Kenderaan mangsa bagaimpanapun dijumpa malam tadi dalam keadaan rentung terbakar di Damansara, Petaling Jaya.

Pihak polis ketika ini sedang mengesan kesemua suspek dan kos kerugian juga masih dalam siasatan pihak polis.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk salurkan maklumat ke IPD Brickfield dan menghubungi 03-22979222.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.