fbpx
Now Reading
YDPA Jalani Rawatan Di IJN, Keadaan Tidak Membimbangkan

YDPA Jalani Rawatan Di IJN, Keadaan Tidak Membimbangkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak isnin..

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang untuk bersama dengan baginda.

“Tunku Hajah Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga Rabu.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.