fbpx
Now Reading
Lelaki Maut Selepas Nekad Terjun Apartment Di Jalan Ipoh

Lelaki Maut Selepas Nekad Terjun Apartment Di Jalan Ipoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas nekad terjun dari sebuah apartment di ibu kota semalam.

Kejadian yang berlaku melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 42 tahun meninggal dunia di Jalan Ipoh, Sentul.

Menurut Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, Ketua Polis Daerah Sentul, berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.30 petang mengenai kejadian tersebut.

Sejurus itu, pihak bomba yang tiba di tempat kejadian sempat melakukan proses memujuk lelaki tersebut daripada terjun dari sebuah apartment di Jalan Ipoh, Sentul.

Namun, proses memujuk gagal selepas mangsa nekad terjun dari apartment dengan memusingkan badan tanpa sempat diselamatkan.

Mangsa yang nekad terjun dari sebuah apartment tersebut jatuh dalam keadaan tertiarap dan mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan lengan. Hal tersebut, menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.

Siasatan awal bagi kes tersebut mendapati mangsa sempat berhubung dengan seorang rakannya melalui telefon sebelum insiden berlaku.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. – Astro Awani

Orang ramai yang mengalami ketidakstabilan emosi boleh membuat aduan kepada Befrienders yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Befrienders mempunyai para sukarelawan yang terlatih bagi membantu mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-79568145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk membantu.

Sebarang panggilan ke Befrienders adalah percuma.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.