fbpx
Now Reading
Alhamdulillah! Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Sudah Sedar Dari Koma

Alhamdulillah! Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Sudah Sedar Dari Koma

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih seminggu menerima rawatan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, difahamkan sudahpun sedarkan diri dari koma.

Dia juga dilaporkan sudah dalam keadaan yang stabil dimana dikhabarkan tidak lagi mengggunakan alat bantuan pernafasan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, Aqilah juga cam dan kenal keluarga yang melawatnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

“Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya kepada Harian Metro malam tadi.

Terdahulu pada rabu minggu lalu, Aqilah bersama kembarnya Nor Adilah serta dua sahabat karib mereka Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri masing-masing berusia 21 tahun, telah berhenti rehat di parkir sebuah stesen minyak sehingga terlelap sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pulau Jerejak Pulau Pinang

Selepas lebih seminggu Nor Aqilah (dalam bulatan) akhirnya sedar daripada koma di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka yang merupakan graduan dari sebuah kolej kejururawatan di Batu Caves, Selangor ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang bapa mangsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha disahkan telah meninggal di lokasi kejadian manakala Ayuni Ayuni Shazwanie meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kembar Aqilah iaitu Nor Adilah kemudiannya dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.