fbpx
Now Reading
“Kain Kafan Pun Kena Curi Ke?” – Kubur ‘Digali’ Nak Ambil Kain Kafan, Indonesia

“Kain Kafan Pun Kena Curi Ke?” – Kubur ‘Digali’ Nak Ambil Kain Kafan, Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian yang mengemparkan penduduk di Jombang, Jawa Timur, Indonesia apabila menemui sebuah kubur berselerak akibat digali pada Ahad lalu.

Pada 19 September lalu, jenazah Anis Purwaningsih selamat dikebumikan bersebelahan dengan kubur bayinya yang juga turut meninggal dunia sehari selepas arwah menghembuskan nafas pada 18 September 2020.

Menurut laporan, penduduk kampung kawasan itu melihat keadaan kubur Anis berselerak dan seperti digali semula.

Dikhuatiri mayat jenazah dilarikan, penduduk kampung sekitar itu memeriksa kubur berkenaan dengan bantuan oleh pihak berkuasa.

Perkara yang membuatkan keadaan bertambah binggung apabila mendapati jenazah Anis ada di dalam liang lahad. Namun, satu dari tiga lembar kain kafan yang digunakan untuk membalut jasad Anis didapati hilang.

Hal ini menyebabkan seluruh ahli keluarga arwah dan penduduk di situ bimbang dan bingung dengan kejadian yang berlaku.

Menurut Yanuar, Ketua Polis Daerah Ngoro itu berkata, pihaknya menjumpai pinggan yang diperbuat daripada zink, dipercayai ia digunakan bagi tujuan mengali kubur berkenaan.

Difahamkan lagi, kubur jenazah Anis telah dibaiki semula oleh ahli keluarga dengan bantuan penduduk kampung dan pihak polis kini sedang menyiasat bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian yang berlaku.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.