Now Reading
Loya Dan Menjijikkan, Kilang Roti Guna Sumber Air Tandas Kotor

Loya Dan Menjijikkan, Kilang Roti Guna Sumber Air Tandas Kotor

Sebuah premis kilang roti yang terletak di Jalan Kuchai Lama diarahkan tutup serta merta selepas diserbu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan, semalam.

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan ke atas premis berkenaan, mendapati bekalan bahan mentah dan penyediaan makanan di premis terbabit dilakukan di atas lantai.

Selain itu, pihak DBKL menunjukkan keadaan tempat pemprosesan tersebut yang sangat kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.

Apa yang lebih menjijikkan, pihak DBKL juga membongkarkan premis berkenaan menggunakan sumber air dari tandas premis terbabit untuk menghasilkan makanan itu dan lebih meloyakan lantai di premis berkenaan dalam keadaan basah.

“Apa yang lebih menggelikan, selain mengunakan air tandas yang kotor, terdapat kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah serta peralatan memproses makanan juga dalam keadaan kotor dan usang,”

See Also

Dalam pada itu, satu kenyataan DBKL turut memaklumkan pemeriksaan mendapati 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing yang bekerja disitu mempunyai suntikan tifoid.

Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa hari ini telah dikeluarkan. – Sinar Harian

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.