fbpx
Now Reading
Seorang Pekerja ‘Nike’ Sah Positif Covid-19 Di Sunway Pyramid, KL

Seorang Pekerja ‘Nike’ Sah Positif Covid-19 Di Sunway Pyramid, KL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah premis di pusat beli-belah Sunway Pyramid diarahkan tutup akibat terdapat satu kes positif Covid-19 yang melibatkan seorang kakitangan sebuah premis barangan sukan Nike, semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan Sunway Pyramid, memaklumkan bahawa individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan, namun ia tidak menyatakan dari negara atau negeri mana.

Ia juga memberikan jaminan bahawa situasi dalam keadaan terkawal ekoran tindakan pantas penyewa premis terbabit.

“Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah ‘kes terpencil’ dan pengurusan bersama penyewa yang terbabit sudah ambil tindakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus kes itu dikenal pasti,”

“KKM juga sudah menghubungi mereka yang melakukan kontak dengan individu berkenaan dan sudah diarahkan menjalani ujian saringan serta kuarantin diri selama 14 hari,”

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga sedang bergiat menjalankan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh setiap hari.

“Kami juga bekerjasama dengan premis yang terjejas untuk menyelaraskan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh serta mengemas kini isu ini dengan berkesan dan cekap,” kata kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan tersebut.  

“Sepanjang tempoh kami memantau terus perkembangannya, kami ingin mengalakkan semua pengunjung, penyewa dan komuniti untuk kekal tenang dan berwaspada pada saat ini dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.”

Jadi, kita hendaklah lebih berwaspada mulai sekarang dan kerap melakukan kebersihan diri semaksimal yang mungkin. Jaga diri, okay ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.