fbpx
Now Reading
Jual Produk Kesihatan Tak Berdaftar, Anak Pelakon Veteran Kena Dakwa

Jual Produk Kesihatan Tak Berdaftar, Anak Pelakon Veteran Kena Dakwa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pengusaha jamu terkenal yang juga merupakan anak perempuan kepada seorang pelakon wanita veteran akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menurut sumber, pengusaha jamu berusia 46 tahun itu bakal berdepan tuduhan membabitkan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, adik perempuan wanita itu pernah pernah mencetuskan kontroversi apabila mencetuskan kontoversi dengan menggunakan elemen lucah dalam satu video promosi produk berkenaan

“Anak perempuan kepada aktres veteran itu bakal didakwa kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan KKM terlebih dahulu.

“Produk diedarkan di pasaran itu didakwa dihasilkan menggunakan pelbagai jenis herba selain dikatakan mampu memulihkan hubungan rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro

Berpandukan dakwaan yang tular dimedia sosial, sepasukan pegawai KKM kemudiannya turun melakukan siasat di premis

Susulan pelbagai dakwaan dilakukan melalui media sosial, sepasukan pegawai KKM melakukan siasatan terhadap premis kecantikan milik anak pelakon itu di Subang Jaya, Selangor pada Januari lalu.

“Pegawai KKM kemudian menemui seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik perniagaan di premis itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan kemudian menemui satu jenama produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM, sekali gus menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Susulan itu petugas KKM bertindak merampas produk berkenaan untuk tujuan siasatan,” katanya.

Berdasarkan siasatan susulan, memiliki keluaran yang bukan berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang juga satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.