fbpx
Now Reading
Miliki Produk Kesihatan Tak Berdaftar, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

Miliki Produk Kesihatan Tak Berdaftar, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pengusaha jamu terkenal yang juga anak perempuan kepada seorang pelakon wanita veteran akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Terbaru Majistret M Barath mengenakan hukuman denda RM10,000 kepada Rose Azlin Rosli, 46 selaku orang kena saman (OKS) atas tuduhan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Rose Azlin mengaku bersalah selepas hukuman dijatuhkan keatasnya dan dia juga bakal berdepan penjara empat bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Dia yang tidak diwakili peguam bagaimanapun membayar denda berkenaan.

Terdahulu Rose dalam rayuannya memohon agar hukuman dikurangkan memandangkan dia ketika kejadian sedang mendapatkan kelulusan daripada KKM

Rose ditemani adiknya Liana Rosli di Mahkamah

Pegawai Pendakwa KKM, Mohd Helmi Azman bagaimanapun meminta agar dia diberikan hukuman setimpal kerana produk jualannya sudah diiklankan di media sosial dan sudahpun mendapat perhatian ramai orang.

“Sebagai orang yang dikenali, dia seharusnya memastikan produk ingin dijual atau diguna berdaftar dengan KKM supaya selamat digunakan. Demi menjaga kepentingan awam, pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap OKS,” katanya.

Mengikut pertuduhan pemilik jenama KM Beauty Hose itu didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse untuk jualan pada pukul 11.20 pagi, 21 Januari lalu di sebuah premis di Subang Jaya.

Selain itu Rose Azli juga dituduh melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1), peraturan yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.