fbpx
Now Reading
Peguam Muda Meninggal Dunia Kerana Covid-19, Tinggalkan Suami & Anak 16 Bulan Di Indonesia

Peguam Muda Meninggal Dunia Kerana Covid-19, Tinggalkan Suami & Anak 16 Bulan Di Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perasaan yang tidak boleh digambarkan betapa pilu dan hiba disaat kita perlu menerima berita pemergian orang tersayang.

Itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh seorang suami kepada peguam muda dari Indonesia.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, isterinya dipercayai dijangkiti wabak Covid-19 yang mengakibatkan isterinya meninggal dunia.

Sehubungan itu, Allahyarham Amirah Lahaya meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19 pada 18 September yang lalu.

Allahyarham Amirah hampir seminggu berjuang untuk melawan wabak tersebut yang menular di dalam badan sehinggakan isterinya pergi meninggalkan suaminya serta anak yang baru berusia 16 bulan.

Dalam pada itu, Ihsan membuat thread di laman Twitter miliknya itu menceritakan perjalanan isterinya yang disahkan positif Covid-19 itu.

Menerusi thread yang dibuat oleh Ihsan itu, dia menceritakan perjalanan isterniya yang perlu dimasukkan ke wad ICU dan daripada itu kondisi kesihatan isterinya itu semakin menurun sebelum disahkan meninggal dunia pada 23 September 2020.

Tambah juga, Ihsan turut memohon agar orang ramai dapat mendoakan puterinya membesar dalam keadaan baik dan sihat walaupun tanpa isterinya di sisi.

Menerusi perkongsiannya lagi, dia juga memaklumkan jenazah Amirah telah selamat dikebumikan di kampung halaman selepas urusan menguruskan jenazah selesai.

Semoga Allahyarham Amirah Lahaya, ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga Ihsan terus tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang dihadapinya sekarang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.