fbpx
Now Reading
Sultan Johor Kurnia Kereta Myvi Kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA

Sultan Johor Kurnia Kereta Myvi Kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/photos/pcb.1660559584110728/1660559310777422/?type=3&theater

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim mengurniakan kereta tersebut bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat yang ditaburkan mereka kepada baginda dan keluarga diraja Johor.

Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin, yang mewakili 9 yang lainnya yang bertugas di Wad Diraja HSA, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga,” katanya.

Menerusi kenyataan itu lagi kesemua kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis berlangsung di Kasawari Motors Sdn. Bhd, Larkin yang dilakukan oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.