fbpx
Now Reading
Gagal Samun Duit Bank, Perompak Panik & Larikan Diri [Video]

Gagal Samun Duit Bank, Perompak Panik & Larikan Diri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1275705399439173/

Sejak semalam tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki melarikan diri selepas gagal dalam cubaan menyamun syarikat kawalan keselamatan menggunakan objek dipercayai pistol di sebuah bank di Pekan Batu Gajah Perak pada 3.40 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, suspek difahamkan menghampiri juruteknik syarikat keselamatan terbabit dan seorang rakannya iatu pengawal keselamatan yang baru sahaja selesai mengeluarkan wang daripada mesin deposit tunai (CDM).

Suspek jerit ‘hoi’

“Apabila mangsa mahu masukkan duit yang dikeluarkan dari mesin CDM ke dalam van yang menunggu di luar premis dengan diiring rakannya, tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali menjerit ‘hoi’ dari arah belakang van mereka.

“Mangsa menoleh ke belakang dan mendapati rakan sekerjanya sudah dipegang oleh suspek sambil mengacukan objek menyerupai pistol berwarna hitam ke arah dada rakannya itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Suspek kemudian mengacu objek itu ke arah juruteknik sambil mengarahkannya menyerahkan wang berkenaan. Bagaimanapun juruteknik itu enggan dan berlari masuk ke dalam van.

Tambahya mangsa kemudian melarikan diri dan menyelamatkan wang itu dengan memasuki van ketika suspek sedang menolak rakannya ke arah pintu bank.

“Mangsa berlari masuk ke dalam van dengan membawa beg mengandungi semua wang yang diambil daripada mesin CDM”

Tambah Adnan mangsa sewaktu kejadian membawa kira-kira RM200,000 yang baru diambil dari mesin CDM.

Suspek panik dan larikan diri

Menyedari yang cubaannya gagal, suspek yang dipercayai telah panik kemudiannya bertindak melarikan diri tanpa menyedari yang kejadian berkenaan berjaya dirakam orang awam.

“Suspek kemudian panik dan melarikan diri ke arah belakang bangunan bank itu,” katanya.

Tidak dapat cam saspek tapi rakaman tular

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek yang ketika itu memakai pelitup muka berwarna biru. Suspek berambut pendek, berkulit cerah, kurus, memakai jaket warna hitam di dalamnya t-shirt leher bulat berwarna hitam dan berseluar panjang warna hitam.

“Tiada kerugian dan kecederaan dialami oleh mangsa dalam kejadian ini. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian sedang diteliti dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Jelasnya lagi kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.