fbpx
Now Reading
Cikgu Jadi barber, Doktor, Mekap Artis” – Cikgu Ini Senaraikan Tugas Pendidik Yang Orang Tak Nampak

Cikgu Jadi barber, Doktor, Mekap Artis” – Cikgu Ini Senaraikan Tugas Pendidik Yang Orang Tak Nampak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apa perasaan korang sebagai seorang pendidik, bila ada pihak yang mempertikaikan tanggungjawab dan tugas guru?

Guru sering didakwa tidak memantau murid mereka selepas tamatnya waktu persekolahan.

Bagi mereka yang bergelar guru ini, sudah semestinya mereka berasa kesal dan kecewa terhadap spekulasi yang sering dilontarkan kepada mereka.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang guru memuat naik satu postingan yang memberikan maksud tersirat, pada akhirnya postingan tersebut mendapat perhatian ramai.

“Rambut budak panjang, cikgu jadi barber. Budak sakit, cikgu jadi doktor. Nak jadi penyanyi, cikgu jadi mekap artis. Kerja rumah tak siap, cikgu jadi naga.

“Selagi ada kudrat, selagi ada daya, akan kami jaga anak kalian sehabis baik. Itu janji kami,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Menerusi entri sama, guru tersebut turut berkongsi beberapa keping gambar yang memperliatkan dirinya melakukan kerja-kerja yang diluar bidang tugasnya sebagai seorang guru.

Bukan hanya guru, ibu bapa juga harus mendidik

Menerusi laporan mStar, guru terbabit, Mohd Khairul Izzudin Shaari berkata tugas mendidik bukan terletak dibahu guru sahaja, namun ia juga perlu dipikul bersama ibu bapa.

“Sebagai guru, untuk SOP ketika Covid-19 memang kami ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Malah, setiap hari persekolahan, guru-guru akan datang lebih awal sebab kena rekodkan suhu badan murid selain pastikan SOP dipatuhi ketika mereka masuk pagar sekolah.

“Memang guru akan ada pantau daripada murid turun kenderaan ibu bapa, sehinggalah mereka naik semula kenderaan untuk pulang,” katanya.

Khairul juga berkata, tugas guru semakin hari semakin mencabar lebih lagi ketika pandemic Covid-19, namun semuanya dikendalikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Kalau lihat kandungan surat itu, perkara yang dibangkitkan oleh individu berkenaan adalah tugas ibu bapa sebenarnya.

“Tapi bagi saya, mungkin ada baiknya individu berkenaan bawa ke pengetahuan pihak sekolah dulu, atau terus hubungi cikgu. Bukan tiba-tiba bangkitkan spekulasi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, postingannya di Twitter hanyalah sekadar perkongsian kepada masyarakat mengenai peranan lain seorang guru yang tidak pernah dilihat.

“Bukan niat untuk menunjuk, tapi sebenarnya nak beritahu bahawa cikgu ni banyak buat benda-benda yang bukan tugas dia pun.

“Kebanyakan cikgu sanggup keluarkan duit poket sendiri, contohnya hantar pelajar ke klinik dan sebagainya,” ujarnya yang mengajar di SK Kuala Gerus, Kelantan.

“Bagi saya yang merupakan seorang guru sekoah pedalaman, hubungan dengan pelajar tu memang rapat…guntung rambut pun buatkan sebab mereka mungkin susah nak nak bandar.

“Semua dilakukan seperti melayan anak sendiri. Macam mana kita nak anak kita berjaya, macam itulah kita didik pelajar kita,” katanya sebelum mengakhiri bicara.

Janganlah kita memandang rendah akan tanggungjawab dan tugas mereka walaupun tidak terlihat dimata kita. Hargailah mereka yang memberikan ilmu kepada kita semasa di sekolah dan kenanglah jasa mereka yang mendidik kita sehingga kita berjaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.