Kecoh! Gaduh Dekat Kaunter Drive-Thru, Bengang Sebab…
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
[Kemaskini] Pelanggan berkenaan sudahpun ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe selepas di hubungi media.
“Pemandu tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan dia didapati mengalami kecacatan mental. Siasatan lanjut sedang dilakukan,”
OCPD Gombak , Asisten Komisioner Arifai Tarawe
Gara-gara berlaku perselisihan faham, tercetus satu pergaduhan di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera pada 27 September yang lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 malam itu, pelanggan yang berusia 41 tahun itu dikatakan sedang membuat pembayaran di kaunter pandu lalu sebelum berang dengan salah seorang pekerja tersebut kerana menggunakan ‘paywave’ tanpa mendapatkan kebenaran darinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pertengkaran berlaku sebelum didatangi seorang lelaki yang menumbuk mangsa di bahagian dagu.
“Mangsa turut mendakwa pekerja terbabit biadap, meninggikan suara dan membuatkannya menunggu lama,” katanya.
Beliau juga menambah, keterangan telah pun diambil dari pihak pekerja restoran makanan segera dan beberapa saksi.
Klip video pendek tersebut menunjukkan pergaduhan didakwa berlaku antara beberapa pekerja restoran tersebut dan mangsa sebelum tular di sosial media.
Berbeza cerita dari saksi di sana
Namun memetik Kosmo seorang pengguna laman Facebook mendakwa, punca kejadian adalah sebaliknya. Ia berpunca daripada tindakan pelanggan tersebut yang menumbuk pekerja restoran makanan segera tersebut kerana tidak puas hati dengan urusan pembayaran.
Dalam pada itu Mcdonald’s Malaysia mengesahkan kejadian berlaku berkenaan dan memaklumkannya ianya berlaku di pandu lalu Mcdonald’s Rawang baru-baru ini.
Mereka bagaimanapun sedang mempertimbangan tindakan undang-undang kerana telah melibatkan kecederaan terhadap pekerja mereka.
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kecederaan terhadap para pekerja kami dan laporan polis telah dibuat serta mempertimbangkan tindakan undang-undang,” jelas kenyataan itu.