fbpx
Now Reading
Pakar Epidemiologi Saran Pengembara Dari Sabah Di Asingkan Di Pusat Kuarantin

Pakar Epidemiologi Saran Pengembara Dari Sabah Di Asingkan Di Pusat Kuarantin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud menyarankan agar pengembara dari Sabah dikuarantinkan di Pusat Kuarantin .

Menurutnya, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bukanlah langkah terbaik kerana dikhuatiri ada invidu menjalani HSO tidak dapat mematuhinya dengan baik.

Malah sebelum ini negara kita sudah berhadapan situasi dimana virus merebak dengan cepat disebabkan ada individu tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah.

Jelasnya HSO mungkin berkesan namun ada beberapa perkara yang perlu dilakukan antaranya tidak perlu urusan imigresen dan pengembara di bawa ke pusat yang tertentu untuk menjalani saringan.

“Kalau nak buat HSO supaya lebih berkesan, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya saringan ini lebih efektif, berkesan. Pertama, apabila pesawat itu tiba dari Sabah, penumpang tersebut dibawa terus dari pesawat.

“Mereka tak perlu urusan imigresen, mereka perlu terus dibawa ke pusat yang tertentu di mana saringan boleh dilakukan. Ini boleh kurangkan kesesakan di lapangan terbang dan staf tak perlu proses dalam keadaan sempit dan sebagainya.

Selain itu di juga menyarankan agar ujian saringan menggunakan dua calitan iatu RTK Antigen bagi keputusan pantas dan swab bagi tujuan rt-PCR.

“Kedua, ujian itu boleh dilakukan dua calitan, satu RTK Antigen, di mana keputusan boleh didapati dalam masa setengah jam. Kedua, swab itu boleh dihantar untuk tujuan rt-PCR,” katanya kepada portal Astro Awani

“Pengembara pulang sebelum 27 Sept juga harus jalani saringan”

Awang Bulgiba dalam masa sama turut mencadangkan agar semua pengembara yang sudah pulang dari Sabah sebelum 27 September 2020 juga diharuskan menjalani saringan COVID-19.

Foto : Bernama

“Sekurang-kurangnya mungkin 10 hari sebelum itu, mungkin pada 17 atau 16 September, setiap orang yang kembali dari Sabah antara 16 Sepember dan 26 September itu sepatutnya menjalani saringan.

“Saringan perlu dilakukan supaya mereka tidak menjadi sumber jangkitan COVID-19 kerana sudah ada kes dilaporkan. Saya kira mungkin lebih dari 10 kes berasal dari Sabah (dalam tempoh itu),” ujarnya.

Sebagai rekod, Sabah ketika ini mencatatkan kes paling tinggi dalam negara buat beberapa hari berturut-turut malah ianya sudah merebak ke beberapa negeri.

Situas berkenaan kemudiannya menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua pengembara Sabah wajib menjalani HSO dan menjalani saringan ketika tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Foto sekadar hiasan | Foto oleh : FMT & Bernama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.