fbpx
Now Reading
Donald Trump & Isteri Disahkan Positif Covid-19

Donald Trump & Isteri Disahkan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan mereka berdua telah menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin selepas Hope Hicks, salah seorang penasihat utama kepada Trump, disahkan positif virus berkenaan.

Perkara itu dikongsikan sendiri olah Trump menerusi laman Twitternya

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif Covid-19. Kami akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan dengan serta-merta. Kami akan menghadapinya bersama-sama,” ciapnya menerusi Twitter.

Trump sebelum ini sentiasa diiringi Hicks malah menaiki helikopter presiden, Marine One bersama untuk kempen pemilihan presiden.

Malah mereka dilihat bersama sewaktu Trump dan pasukannya ke debat presiden yang dilangsungkan di Cleveland Ohia selasa lalu.

Perkara samat turut dikongsikan Melania kepada orang ramai yang turut memaklumkan yang dia dan Trump akan menjalani kuarantin dan rawatan di rumah .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.