fbpx
Now Reading
Ladang Ternakan Angsa Mungkin Punca Pencemaran Sungai Semenyih

Ladang Ternakan Angsa Mungkin Punca Pencemaran Sungai Semenyih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beratus ribu penduduk di Selangor kini mengalami masalah gangguan bekalan air selepas operasi loji pembersihan air (LPA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sejak semalam.

Ianya susulan dari masalah pencemaran bau sehingga 4 TON yang dikesan di muka sauk LPA Sungai Semenyih dan 3 TON di Bukit Tampoi.

Terbaru Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi, Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dalam satu sidang media berkata hasil siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapai ianya mungkin berlaku disebabkan dua sungai di Negeri Sembilan yang disyaki menjadi punca pencemaran bau.

Menurutnya  dua sungai berkenaan iaitu Sungai Pajam dan Sungai Batang Benar dikesan mempunyai bau seperti bangkai sehingga 11 TON.

“Siasatan yang dijalankan oleh pihak LUAS di Sungai Pajam mendapati bau seperti bangkai dikesan kuat di udara dan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat aktiviti pembersihan reban angsa secara besar-besaran berlaku di kawasan berhampiran sungai ini.

“LUAS meneruskan pemantauan di kawasan Sungai Batang Benar bagi mengenal pasti potensi punca bau di mana hulunya adalah di kawasan perindustrian di Nilai 3 dan kedua-dua lokasi pemantauan isu berbau adalah melibatkan kawasan persempadanan di Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Isnin.

Tambah Loy Sian lagi, LUAS sebagai langkah keselamatan telah mengaktifkan Kod Merah berdasarkan Manual Kecemasan Pence

 Menurutnya anggaran jarak dari lokasi siasatan ke muka sauk LPA Sungai Semenyih ialah 15 kilometer.maran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat.

“Setakat pukul 11 malam tadi, kedua-dua sungai itu mengalami pencemaran sehingga 11 TON (ukuran kadar bau), namun ia beransur turun kepada 8 TON pada pagi ini.

“Operasi LPA Sungai Semenyih akan dibuka semula selepas kesemua sungai kembali pulih dan kadar pencemaran 0 TON dan pihak kami akan memastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.