fbpx

Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri Disahkan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3748485681881873/?extid=0&d=n

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkili Mohamad Al Bakri hari ini mengesahkan beliau telah disahkan positif Covid-19.

Berita duka tersebut dikongsikan beliau menerusi satu posting di laman media sosial miliknya

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

Dalam pada itu beliau turut menyeru kepada sesiapa yangada menghadiris sebarang majlis yang turut dihadiri beliau dari 24 September – 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan kadar segera.

“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Menerusi perkongsian sama beliau turut berdoa agar rakyat Malaysia diselamatkan dari virus maut tersebut.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah”

KP Dr Noor Hisham sahkan terdapat satu individu yang hadir mesyuarat di JPM positif

Dalam pada itu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham sebentar tadi mengesahkan terdapat satu invididu yang menghadiri mesyuarat di JPM pada 3 Oktober disahkan positif Covid-19.

Jelas beliau individu berkenaan sewaktu  menghadiri mesyuarat langsung tidak mengalami sebarang gejala jangkitan akibat COVID-19.

Menurut Dr Noor Hisham individu berkenaan tidak mengalami sebarang gejala ketika hari mesyuarat pada 3 November

Susulan dari itu individu berkenaan telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pada ketika itu, memang beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19. Oleh yang demikian, kini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif COVID-19.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19. Kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

“Sehubungan itu semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.  

“Mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan. Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.