Hajat Bertemu Tak Kesampaian, Bapa Terima Panggilan Anak Mati Dibunuh
Seorang bapa berhasrat mahu melawat anak, namun mendapat panggilan dari rakan serumah anaknya mengatakan anaknya sudah tiada lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita yang berusia 23 tahun ditemui mati di ruang tamu rumah sewanya, malam kelmarin di Jitra, Kedah.
Bapa kepada mangsa, Md Sharif berkata, dia baru sahaja berhasrat mahu menjenguk anaknya di rumah sewa, namun tidak menjangka anaknya sudah tiada lagi.
“Kali terakhir saya bertemu dengan anak saya pada Selasa lalu, ketika kami sekeluarga datang ke rumah sewanya di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.” katanya.
Mangsa yang ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya itu yang baru sahaja pulang dari kerja pada jam 9.45 malam. Mangsa disyaki meningal dunia akibat dibunuh.
Tambahnya, bapa mangsa menceritakan perwatakan mangsa, Siti Nur Sufieza Md Sharif adalah seorang yang baik dan pendiam.
Di samping itu, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini sangat rapat antara satu sama lain.
Pada jam 11 malam, keluarga mangsa menerima panggilan telefon dari rakan serumah arwah yang memaklumkan bahawa arwah tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih.
Bapanya berkata, kejadian yang menimpa arwah itu amat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terus bergegas ke Jitra sebelum dimaklumkan anak saya mati dibunuh. Sebagai bapa, saya memang sedih,” katanya.
Md Sharif, 45, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum ini malah dia kelihatan biasa ketika mereka berjumpa.
“Dia cuma bagitau kalau dia demam atau sakit saja, yang lain dia tak pernah bagitau pun.
“Memang saya terkejut bila dengar anak dibunuh tapi kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Dia juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi mengambil tindakan lanjut terhadap si pelaku yang disyaki kematian anaknya.
Sementara itu, jenazah Siti Nur Sufieza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu, di sini semalam.
Dalam kejadian kelmarin, arwah yang bekerja sebagai ejen insurans di Bandar Darulaman, Jitra ditemui mati dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah sewanya di Taman Mahsuri, Jitra. Arwah dipercayai mati akibat dibunuh.
Susulan kes itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai rakan lelaki mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.