fbpx
Now Reading
Bagasi Misteri Dijumpai, Rupanya Berisi Mayat Wanita

Bagasi Misteri Dijumpai, Rupanya Berisi Mayat Wanita

Mayat seorang wanita disumbat didalam beg bagasi sebelum dibuang ke tepi jalan di Jalan Aman pada awal pagi tadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang wanita ditemui di dalam beg bagasi yang dibuang di tepi jalan di Jalan Aman, Sibu, Sarawak pada awal pagi tadi.

Difahamkan, mayat wanita tersebut memakai kemeja-T berwarna kelabu dan berseluar biru bercorak bintik putih ditemui oleh pengguna jalan raya di Jalan Aman, Sibu pada jam 6.45 pagi tadi.

Kredit : Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mayat wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai dalam keadaan sebahagian badan di dalam beg bagasi berwarna hitam tersebut.

Beliau berkata, oleh kerana tiada kesan kecederaan atau kesan pergelutan yang dijumpai pada mayat atau di tempat kejadian, kes diklasifikasikan sebagai bunuh sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Kredit : Utusan Borneo

“Dipercayai wanita ini dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di sini,” katanya lagi.

Tambahnya, dua surat yang ditulis dalam bahasa Cina itu ditemui berhampiran mayat wanita itu, dengan satu daripadanya dengan nombor MyKad dengan kod negeri ‘08’ yang dipercayai dari Perak.

Kredit : Kosmo

Beliau juga berkata, pihaknya akan cuba mengesan waris mangsa berdasarkan nota yang ditemui dan maklumat yang diperoleh di lokasi itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.