Disangka Air Laut Tercemar, Rupanya Minyak Keluar Dari Celah Tanah Di Port Dickson
Penduduk PD terkejut menjumpai dakwat hitam yang banyak di celah tanah berdekatan dengan sekolah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hasrat mahu menjala ikan tak tercapai apabila melihat kondisi air laut kelihatan seperti ada tumpahan minyak berdekatan pantai Port Dickson, kelmarin.
Menurut Mat Isa Mat Hassan, 64, berkata dia cuba mencari punya minyak yang mengalir ke laut berwana hitam yang berhampiran dengan sSekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam itu.
“Pada mulanya, saya sangkakan ada pencemaran atau orang membuang sisa toksik, namun selepas itu saya lihat minyak muncul dari celah tanah yang dipenuhi rumput dan terus mengalir ke longkang.
“Saya memberitahu beberapa kawan dan mereka maklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang datang sendiri untuk melihat kesan minyak mentah itu,” katanya dia yang merupakan seorang nelayan di sekitar itu.
Dalam pada itu, Pengurusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa mengenai hal ini.
Tambahnya, beliau yang dihubungi oleh Ravi mengenai perkara ini sebelum menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Anggota TNB yang tiba awal di lokasi kejadiam diikuti dengan bomba. Sebagai langkah awal, TNB telah memasang ‘perangkap minyak’ (oil boom) di beberapa kawasan longkang bagi mengawal minyak daripada terus mengalir ke laut.
“Kerja-kerja ini dibantu oleh pasukan bomba semasa saya berada di lokasi untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku,” katanya lagi. Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sudah dimaklumkan dan tiba ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel untuk disiasat.