fbpx
Now Reading
Rempuh 2 Kereta, Pemandu Myvi Putih Disahkan Positif Dadah

Rempuh 2 Kereta, Pemandu Myvi Putih Disahkan Positif Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGK9P80Btzz/https://www.facebook.com/mohd.nasrul.399/posts/950406138773658

Sejak semalam tular satu video dashcam yang memperlihatkan insiden sebuah kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh sebuah Honda Accord dan Proton Iswara hingga terbalik di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi

Lebih menyedihkan apabila mendapat perkhabaran yang pemandu Accord, seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Terbaru Polis  telah bertindak menahan pemandu Myvi tersebut, seorang wanita berumur 23 tahun dan hasil ujian saringan yang dilakukannya keatasnya mendapati dia positif dadah

Menurut kenyatan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain , pemandu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Mohd Padzli lagi, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pada jam 9 pagi itu berpunca apabila pemandu Perodua Myvi tersebut hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh kedua dua kenderaan tersebut di persimpangan lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi

“Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera.

Di laman sosial, tular beberapa foto sewaktu kejadian berserta foto dipercayai pemandu wanita berkenaan. Malah ada dakwaan yang menyatakan dia memandu tanpa lesen dan kenderaannya juga tiada cukai jalan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.