fbpx
Now Reading
PKPB Di Lembah Klang : MB Selangor Mohon MKN Kaji Semula Pelaksanaan

PKPB Di Lembah Klang : MB Selangor Mohon MKN Kaji Semula Pelaksanaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang tiga negeri iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor akan mula menempuhi fasa PKPB (Bersyarat) sekali lagi bermula 14 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media selepas diputuskan oleh sidang khas MKN yang bermesyuarat pagi tadi selepas mendapat nasihat KKM .

Tambah Ismail Sabri mereka juga mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Pengumumam PKPB agak mengejutkan”

Namun disebalik pengumuman tersebut, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berharap agar MKN mempertimbangkan semula pelaksanaan berkenaan.

Beliau yang terkejut dengan keputusan tersebut, menjelaskan tidak semua kawasan dalam Selangor yang mempunyai kes yang membimbangkan antaranya di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Jelas beliau bagi susulan dari itu, kerajaan negeri selangor akan menghantar cadangan balas kepada MKN agar dapat diberi pertimbangan semula.

Kerajaan Negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana.

Setakat artikel ini ditulis belum ada sebarang maklum balas dari pihak MKN mahupun dari DS Ismail Sabri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.