
PKPB Di Selangor, KL & Putrajaya Bermula 14 Oktober, Ini Senarai Aktiviti Yang Kembali Dilarang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan kerajaaan akan kembali melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya bermula 14 Oktober 2020 jam 12:01 sehingga 27 Oktober 2020
Keputusan itu dilaksanakan selepas sidang khas MKN mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.
PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam. – @IsmailSabri60
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 12, 2020
Susulan pelaksanaan PKPB di negeri-negeri terbabit, di bawah kami senaraikan beberapa aktiviti yang kembali dilarang bermula 14 Oktober ini :
#1 Rentas daerah tidak dibenarkan
Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
#2 Dua orang dari satu rumah sahaja dibenarkan keluar
Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
#3 Semua jenis pusat pendidikan & taman ditutup
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
#4 Semua Rumah ibadat ditutup
Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup
#5 Aktiviti sukan dan sebarang majlis tidak dibenarkan
Semua aktiviti sukan,rekreasi sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan
#6 Pusat hiburan dan kelab malam juga ditutup
Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Ekonomi beroperasi seperti biasa
Walaubagaimanapun menurut DS Ismail Sabri, semua kegiatan ekonomi dan industri termasuk perkilangan di semua negeri ini masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Jelas beliau lagi MKN akan mengumumkan senarai SOP dalam masa terdekat.
Tonton sidang media oleh DS Ismail Sabri di bawah :