fbpx
Now Reading
Dakwa Ada Sokongan Lebih 120 MP, Anwar Mohon Agong Diberi Masa

Dakwa Ada Sokongan Lebih 120 MP, Anwar Mohon Agong Diberi Masa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional.

Menerusi satu sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan beliau sudah mempersembahkan dokumen dan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong pada awal hari ini.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menunaikan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara untuk menelaah dokumen dan memanggil ketua parti mengesahkan (dokumen).

“Ini bukan soal kemenangan tetapi memohon kita dapat tegakkan negara yang adil, maju dan adil. Jaminan tentang hak tetap terpelihara,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

[Video sidang media bermula dari minit 17:00]
SIDANG MEDIA KHAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PASCA SESI MENGADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG[SIARAN LANGSUNG] SIDANG MEDIA KHAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PASCA SESI MENGADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Posted by Parti Keadilan Rakyat on Monday, October 12, 2020

Dakwa Ketua Pembangkang itu lagi, kerajaan ketika ini yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun jatuh.

Beliau dalam masa sama turut memberi jaminan akan mengeluarkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Menerusi laporan Awani, Anwar yang ditanya sama ada beliau ada membuat perjanjian dengan mana-mana ahli parlimen pihak lawan, termasuk mereka yang mempunyai kes mahkamah, menjelaskan yang beliau tidak ada dendam dengan sesiapa.

“Nombor satu, ini merupakan kerajaan inklusif. Saya tiada dendam dengan sesiapa. Keduanya, saya telah berulang kali menegaskan kita komited terhadap reformasi institusi dan kehakiman.

“Apa yang boleh saya tegaskan, saya tidak mempunyai dendam. Tetapi mereka harus menerima dan menjalani proses keadilan dengan sewajarnya,” katanya lagi.

Turut hadir sama sewaktu sidang media ialah bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.