Larikan Diri, Datuk Seri ‘Macau Scam’ Diburu Polis
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penahanan beberapa individu oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan Macau Scam dan pengubahan wang haram apabila ‘mencuci duit’ dengan melabur dalam perniagaan selebriti terkenal.
Lari guna pagar belakang sebaik dilepaskan SPRM
Terbaru Datuk Seri yang merupakan suspek utama sindiket pengubahan wang haram kini dalam buruan polis selepas dia melarikan diri sebaik dilepaskan SPRM kelmarin
“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
Menurut sumber, lelaki berkenanan sepatutnya turut ditahan bersama 3 lagi suspek untuk membantu siasat berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.
“Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.