fbpx
Now Reading
Cristiano Ronaldo Tidak Dapat Beraksi Selepas Disahkan Positif Covid-19

Cristiano Ronaldo Tidak Dapat Beraksi Selepas Disahkan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat beraksi di Liga Negara-Negara yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis ini, selepas ujian saringan menunjukkan dia positif Covid-19, Semalam.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Portugal berkata, dia diberikan pengecualian daripada misi bersama pasukannya selepas mendapati Cristiano Ronaldo positif Covid-19.

“Cristiano Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan selepas ujian saringan mendapati dia positif Covid-19, jadi dia tidak akan berdepan Sweden,” katanya.

Bagaimanapun, kesemua pemain dalam pasukan Portugal itu menunjukkan keputusan ujian saringan negatif dan sedia beraksi dalam perlawanan Liga Negara-Negara itu.

Tambah lagi, Cristiano Ronaldo yang kini menjalani kuarantin itu berada dalam keadaan yang sihat tanpa menunjukkan sebarang gejala Covid-19.

“Pemain antarabangsa Portugal itu dalam keadaan sihat tanpa gejala dan kini menjalani kuarantin.

“Susulan kes positif, baki pemain menjalani ujian baru pagi ini dan kesemua mereka negatif dan boleh berlatih di bawah kendalian Fernando Santos pada petang ini.”

Pasukan Portugal itu bersiap sedia untuk menentang pasukan Sweden pada Khamis ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.